Salam dear bloggers,
Apa Khabar semuanya? baik2 saja hendaknya...ameen =)
selamat pagi, sekarang baru jam 8: 29 pagi. Hujan renyai-renyai di luar. sejuknya maka masa utk mandi awal pagi ini tertangguh lagi. jam 10 pagi mahu ketemu rakan sekampus. tak apa. boleh nye. sempat lagi..bukan nak bersiap berjam-jam pastu buang masa org menunggu lepas tu bagi alasan2 bodoh. kan? hehe
*serik kot dok jadi tunggul kayu penunggu org yg x hargai masa org lain...yg tau nak saiko kawan...dengan ayat2 baikk punyaaa...seperti " x sayang kawan...blah blah" * yg hang duk buang masa org setiap kali berjanji tu hang sayang kawan ka? ting! (sekadar contoh).
well, well, well...ya benar..Tuhan sedang mendidik hati kita utk lebih sabar. Tapi kesabaran kita bukan satu landasan utk dilatam sesuka hati oleh kawan2 yg bagai tiada adab.
Masalah manusia di bilik saya ini pun satu hal...sejak dia menghuni bilik itu, sejak itu pintu itu bagai tidak boleh ditutup dgn perlahan dan cermat. dihempas sesuka hati. bila ditegur, katanya mmg pintu itu dah x boleh berbunyi perlahan. hairannya, penghuni sebelum ini tutup perlahan, boleh ja, tanpa masalah. katanya lagi, sebab bilik kami sunyi, sbb tu bunyi kuat...saya cuba utk berada di pihak dia. sungguh bilik itu sunyi..tapi menurut saya, sebab bilik sunyilah maka semua benda bergaung dan perlu tutup pintu dengan cermat. duduk bermasyarakat kenalah jaga kebajikan sejagat beb. jantung saya bagai nak luruh setiap kali dia menutup pintu.
ditegur lagi, katanya tak sengaja. tak sengaja lagi sesudah diberi peringatan. tak ke cakap tak pakai otak? aduhai....
masalah ini dah berlarutan sekian lama dah...tak leh nak kata apa...
Bila fikir balik, mahu ja kasi 'ajar' sikit budak tak reti bahasa tu. Tapi sabarlah diri, kerna kau pun tak sesempurna mana....
hikmahnya, biarpun jantung ini bagai nak luruh, namun, sabar itu menaikkan iman seseorang, mendidik hati menjadi teguh dan matang. Biarpun payah bagi saya, namun saya tika ini cukup bahagia. sayang kalau mood baik hancur kerana perkara ini. biarlah Allah bagi dia sedikit kesedaran kelak.
hati, sabarlah hati, ini sikit je nak banding dgn ujian lain yg Allah duga kat kawan2 dan sahabat2 lain. Belajarlah dari yg terbaik...
alternatif diri:
bila dengar bunyi dia masuk bilik, pulas tombol pintu saya dah siap-siap sumbat telinga dgn jari tak mau dgr bunyi 'GURUH'
Lagi satu, saya pasang lagu kuat2 atau pasang earphone dgr lagu sampai kematu gegendang telinga.
apa boleh buat, tegur dah tegur. dok mcm tu jugak.
sayanora!