Monday, August 16, 2010

berbuka bersama ibu di kampung

Salam semuanya,

Saya baru pulang dari kampung. Menghabiskan sepanjang hujung minggu lepas berbuka bersama ibu dan abang di kampung saya. Alhamdulillah, seronok makan beramai-ramai. Meriah, gitu!

Maaf saya tidak sempat maklumkan kepulangan saya pada sahabat2 di kampung (sungguhpun saya merindui kalian), kerana pulangnya hanya 2 hari saja..hee. Berat hati saya meninggalkan ibu seorang, masih banyak kerja rumah yang perlu dibantu, memandangkan ibu sudah tidak berdaya lagi menguruskan semuanya sendirian. Maka anak-anaklah yang perlu membantu ibu meringankan bebannya.

Kakak saya bilang, kini sudah tiba masanya kami berpakat mengambil pembantu rumah. Cuma kerisauan pula menjadi masalah ibu, manalah tahu kalau-kalau pembantu itu berniat jahat, maklumlah, anak-anak jauh di Kuala Lumpur...sudahlah ibu sudah tua dan tidak berdaya, mudah saja dia buat perkara tak baik nanti, seperti mencuri harta ibu dan sebagainya..Na'uzubillah....


Hati ini sungguh ingin bersama ibu. Membantu ibu saban hari seperti waktu cuti. Namun tuntutan kertas kajian saya perlu juga diberesi. Perlu juga dihabiskan. Hanya kerana itulah saya masih di sini...menanti kelulusan kuliyyah..


Hati ini mahu di sana. Mahu dekat dengan ibu..tawaran-tawaran pekerjaan yg hadir di ibu kota perlu ditolak, kerana hati yang ingin dekat dengan ibu. Saya tak menyesali itu semua. Saya akan menyesal kalau saya tidak berbakti pada ibu. Tibalah giliran saya pula yang menjaga ibu kini.

Semoga Allah memanjangkan umur saya untuk menjaga ibu dan memanjangkan umur ibu untuk kesempatan saya berbakti padanya...Ameeen.

2 comments:

* adeqya8284 * said...

ina balik kampung!!!
takpe2 at least ina dapat lepaskan rindu kat mak kan...:)
insyaAllah raya nanti kita jumpa ya dear...miss u :)

mizzyN said...

selamat jaga ibumu