Salam semuanya,
haiseh men....bahasa melayu pulak dah. Bila sudah jatuh cinta menulis blog dalam bahasa ibunda sendiri, maka susah pula untuk berbalik kepada bahasa kedua saya. hehe.
Agak lama juga saya tidak update blog. Sesungguhnya saya semakin sibuk sehingga terpaksa meninggalkan blog ini tanpa sebarang cerita baru. Saya sedang diuji kini. Agak berat juga, tapi biarlah ini menjadi rahsia saya dan teman teman rapat saya sahaja. Takkanlah saya nak cerita segalanya di sini. Nanti tiada privacy pula kan. hehe.
Alhamdulillah, saya mampu mengatasi masalah tekanan ini dengan baik, insha Allah. Tiada siapa yang tidak diuji kot. begitulah kata saya pada diri bilamana saya diuji, saya diduga oleh Allah, Tuhan yang empunya diri. Dialah tempat kita kembali.
bagi saya, selagi mana kita bernama manusia, yakni hamba Allah, selagi itu kita layak diuji.
Sesungguhnya, secara diam diam saya mencemburui teman2 dan sahabat yang sering diuji Tuhan. Benar, saya mencemburui kalian! kerana kalian adalah golongan yang terpilih utk menerima ujian yg maha hebat, jadi sudah tentulah kalian itu "somebody" di sisi Allah...oh jelesnya aku, kata diri.
terkadang hidup ini rasa kosong dan hambar juga kalau semua yang dihajati sentiasa diberikan...semuanya mudah belaka maka tiada lagi rasa mensyukuri nikmat Tuhan. Tiada lagi rasa untuk menghargai nikmat Allah....Na'uzubillah!
Lantas, layak lah kiranya diri ini diuji, kerana Allah sedang rindukan rintihan saya padaNYA...Subhanallah...Tuhan rindukan saya!
Saya perlu bersabar menempuhinya. Kerana pertolongan Allah itu ada pada orang yang bersabar. Saya tidak mahu lupa tentang itu.
Setiap ujian hidup itu adalah tanda kasih sayang Allah yang tidak terhingga pada hamba-hambaNya...
Renungkan-renungkanlah....
SAYONARA ^^
2 comments:
Liena dear...sabar dan terus tabah ye...doa maria sentiasa iringi perjuangan ina...jgn putus asa:) insyaAllah ianya akan jadi moment indah dlm hidup ina:) its called life dear...take care ...miss u :)
Maria love,
Thanx maria. Doa Maria menjadi penguat semangat ina, disamping usaha dan tawakal serta doa ina sendiri. ^^ ina hargai ingatan maria pada ina dalam doa maria.semoga Allah memberkati doa kita ya, insha Allah. Thanx again dear!rindu kamu jugaa. Jumpa raya ni ok!
Post a Comment